Silakan..Silakan

Blog List - قائمة بلوق

Pages

Tuesday, May 4, 2010

Zhan

Bismillah..
Sedikit nota tentang Baik Sangka

Apa yang dilarang ialah bersangka buruk su`uz-zhan (سوء الظن), sepertimana di dalam Surah al-Hujurat (49) ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari banyak berprasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu merupakan dosa.

يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ } يعني ظن السوء . بالمسلم توهماً من غير تعلمه يقيناً .
{ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ } فيه وجهان :
أحدهما : يعني ظن السوء .
الثاني : أن يتكلم بما ظنه فيكون إثماً ، فإن لم يتكلم به لم يكن إثماً ، قاله مقاتل بن حيان .

Begitulah tersebut di dalam al-Mawardi.

Tidak boleh bersangka buruk lebih-lebih lagi kepada orang shalih orang baik-baik ahlul khair

Adapun husnuz-zhan berbaik sangka (حسن الظن) terhadap Allah dan orang lain adalah termasuk ibadah yang baik. Sangkaan yang baik bukan hanya kepada sesama manusia sahaja tetapi dengan Allah juga perlu bahkan lebih-lebih lagilah kena bersangka baik. Segala ketentuan daripada-Nya memerlukan persangkaan yang baik. Bersangka baik dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.
Dalam ensiklopedia hadits Sunan Abu Daud pada bab Husnuz Zhan tercatat:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ ح و حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ مُهَنَّا أَبِي شِبْلٍ قَالَ أَبُو دَاوُد وَلَمْ أَفْهَمْهُ مِنْهُ جَيِّدًا عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ وَاسِعٍ عَنْ شُتَيْرٍ قَالَ نَصْرٌ ابْنُ نَهَّارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَصْرٌ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حُسْنُ الظَّنِّ مِنْ حُسْنِ الْعِبَادَةِ

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w bersabda: “Berbaik sangka (terhadap Allah dan muslim lain) adalah termasuk antara ibadah yang baik.”


( حُسْن الظَّنّ ) : أَيْ بِالْمُسْلِمِينَ وَبِاَللَّهِ تَعَالَى
( مِنْ حُسْن الْعِبَادَة ) : أَيْ مِنْ جُمْلَة حُسْن الْعِبَادَة الَّتِي يُتَقَرَّب بِهَا إِلَى اللَّه تَعَالَى .
وَفَائِدَة هَذَا الْحَدِيث الْإِعْلَام بِأَنَّ حُسْن الظَّنّ عِبَادَة مِنْ الْعِبَادَات الْحَسَنَة كَمَا أَنَّ سُوء الظَّنّ مَعْصِيَة مِنْ مَعَاصِي اللَّه تَعَالَى كَمَا قَالَ تَعَالَى { إِنَّ بَعْض الظَّنّ إِثْم } أَيْ وَبَعْضه حَسَن مِنْ الْعِبَادَة كَذَا فِي السِّرَاج الْمُنِير
Begitulah syarahnya ‘Aunul Ma’bud.

Walaupun perkara yang menimpa kita, kita melihatnya sebagai musibah benda perkara yang kita benci tidak suka benda yang kita tidak mahu tetapi hikmah di sebaliknya Allah Maha Tahu. Dalam Surah al-Baqarah (2) ayat 216 disebutkan:

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu padahal ianya tidak baik untuk kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak

No comments:

Post a Comment

 
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu..Selamat Membaca, Bacalah Dengan Selamat..Jadikan Membaca Sebagai Budaya Bukan Hobi... Bersama-sama Membangunkan Islam
Kajian.Net
Adobe Photoshop Ansav Free