Silakan..Silakan

Blog List - قائمة بلوق

Pages

Wednesday, May 26, 2010

siti hajar hanum

hari ni siti hajar hanum tak join kelas tak masuk kelas tak datang kelas
itu hari dia cakap aku garang
kelmarin dia tak masuk kelas aku, katanya sbb aku garang dgn dia..(entah bila masa)..
semalam setelah dipujuk dia masuk juga akhirnya..tp tak senyum dan takde aksi2 ala2 glenya macam biasa..he
tapi hari ni dia tak masuk lagi..tak datang lagi..ke rumah nenek pulak daah..
esok harap2 dia ada..keno Baik dgn budak ni ni..nak kena lembut sokmo..nak kena senyum2 sokmo dgn dio..haiya letih...takpe lah asalkan dia datang kelas..

Sunday, May 23, 2010

Pengenalan Hadits Nasakh Mansukh

by:Muhammad Hanief Awang Yahaya

1.0 Definisi
2.0 Istilah mutaqaddimin tentang nasakh
3.0 Hikmah berlakunya nasakh
4.0 Bagaimana nasakh dapat dibuktikan
5.0 Bentuk nasakh yang berkaitan dengan hadis
6.0 Contoh hadis nasakh dan mansukh

Thursday, May 20, 2010

Hadits Antara Maqbul dan Mardud

By: Ahmad Nasim bin Abdul Rauf

Sesungguhnya disiplin ilmu mustolah hadith yang membezakan sesuatu hadith itu samaada boleh diterima ataupun ditolak akan menyelamatkan seseorang daripada terjerumus ke dalam kancah janji buruk Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka”
Turut menerangkan kaedah2 Mentash-hihkan atau mentadh'ifkan sesuatu hadits

-selamat terbang ke sono

Monday, May 17, 2010

Pengenalan Sunan Sittah

Shahih Bukhari
Shahih Muslim
Jami' Tirmidzi
Sunan Abu Daud
Sunan Nasa`i
Sunan Ibn Majah

Latar Diri Masing2
Metod Penyusunan Kitab Masing2
etc..terbanglah ke sana

Sunday, May 9, 2010

Redha Dengan Ketentuan Yang Menimpa

Nota pagi ni.


Imam Tirmidzi memuatkan hadis berikut di dalam kitab Jami’nya


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي حُمَيْدٍ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ رِضَاهُ بِمَا قَضَى اللَّهُ لَهُ


Diriwayatkan daripada Sa’d, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Termasuk antara kebahagiaan Anak Adam adalah redhanya terhadap apa-apa yang telah ditentukan oleh Allah untuknya.


Boleh tengok kat bab Hadits-hadits Yang Sampai Kepada Kita Berhubung Redha terhadap Ketentuan (بَاب مَا جَاءَ فِي الرِّضَا بِالْقَضَاءِ).

Oleh itu, janganlah ada sedih yang berpanjangan janganlah ada duka yang tidak berkesudahan. Sudah barang tentu manusia diuji dengan macam-macam diuji takut la lapar la kesempitan la kesenangan la tak kisah la apa pun semuanya ujian dugaan. Mana-mana petaka musibah maka:


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


Iaitu orang-orang yang apabila musibah menimpa mereka, mereka mengatakan


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Rasulullah s.a.w juga ada mengajarkan do’a:


اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا


Ya Allah pahalailah aku pada musibahku dan Engkau gantilah yang lebih baik daripadanya untukku.

Semak Shahih Muslim bab Apa Yang Diucapkan Ketika Musibah. Sabab wurud hadits ini ialah kisah Ummu Salamah yang kematian suaminya iaitu Abu Salamah. Kemudiannya Ummu Salamah dinikahi Nabi s.a.w. Patah tumbuh hilang berganti.

 
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu..Selamat Membaca, Bacalah Dengan Selamat..Jadikan Membaca Sebagai Budaya Bukan Hobi... Bersama-sama Membangunkan Islam
Kajian.Net
Adobe Photoshop Ansav Free